Sukacita dimaklumkan.. Selepas ini tiada lagi post diblog ini kerana saya telah berpindah ke laman baru di
www.adukakiasutama.com
Terima Kasih kepada semua kerana masih sudi melawat laman saya ini.
SEKIAN
Sukacita dimaklumkan.. Selepas ini tiada lagi post diblog ini kerana saya telah berpindah ke laman baru di
Terima Kasih kepada semua kerana masih sudi melawat laman saya ini.
SEKIAN
Posted in Artikel, Dairy, Photo's Gallery, Picture editing, Tutorial

Selamat Hari Raya kepada semua Muslimin dan Muslimat di seluruh dunia dan khasnya kepada pelawat setia laman blog Graphic’s Gallery ini.
Tak sangkakan, pejam celik dah nak raya dah. macam baru semalam je start pose.
Alhamdulillah, Puasa kali ni penuh dengan maknanya bagi aduka. mungkin selepas hampir 6 tahun berpuasa diperantauan dan kali ini sepanjang bulan puasa ni dapat berpuasa di samping keluarga tercinta. Dan banyak lagi yang dapat pada kali ini. Dan yang penting kesabaran yang kian meningkat sepanjang menempuh dugaan hidup.
Semoga Ramadhan yang akan berlalu pergi ini penuh dengan 1001 erti. dan juga Syawal yang kian hadir ini penuh dengan kecerian yang baru.
Dunia ku kini penuh dengan warna-warna kehidupan yang sungguh indah.
Posted in Artikel

Oleh Cikgu Adhadi Mohd
Kepada yang berminat untuk meraih pendapatan yang lebih baik dalam bidang fotografi, saya sarankan anda ikuti seminar ini. Sangat-sangatlah saya recommend. Saya tahu ramai yang fikir tak munasabah caj wedding sampai 1k, belum lagi cerita 5-6k. SN dah buktikan method yang beliau berjaya, malah method beliau bukan saja dah berjaya diguna pakai oleh team-team candidsyndrome saja, malah banyak lagi jurugambar2 dimalaysia.
KENAPA PERLUNYA HADIR KE SEMINAR INI JIKA ANDA BERMINAT MENJADI SALAH SEORANG PROFESIONAL PHOTOGRAPHER??
Posted in Artikel
Hmm gambar ni shoot secara spontan ketika Majlis Penyampaian Sandang MB Perak dan Berbuka Puasa masa 25 Ogos yang lepas. Comel tak awekz ni hihihi.
To Shafiqah, sori sebab lambat sangat upload gambar, banyak buat kerja lain dulu. Hmm tak sangka lak pas majlis tu bleh jadi kawan lak ek. Apa-apa pun tahun ni SPM kan. Jawab elok2 k, study rajin-rajin. Good Luck
Nak download gambar ni, klik dulu kat gambar tu baru save. Gambar ni dah edit. So kat sini sengaja nak tunjukkan gambar dari kamera dengan gambar yang dah edit
Gambar bawah ni just buat simple edit seperti Lavel, Curve, Colour Balance, Crop, Saturation, Brush, Layer Masking, Goustion Blur dan lain-lain
Gambar yang bawah ni pulak buat time banyak idea hehe. edit dari lepas sahur sampai le pukul 8.30 pagi untuk gambar ni je. Gambar ni banyak menggunakan layer, kalau tak silap aderlah sampai 40 lebih layer. Hmm masa edit gambar ni, banyak main ngan texture, layer masking dan brush
Posted in Photo's Gallery
Selamat berpuasa semua… Tak sangka dah hampir setengah bulan kita berpuasa. Semoga umur kita panjang untuk beribadat kepada yang Maha Esa. Hmm Camne puasa tahun ni? ader yang tinggal lagi ke?? aduyai.. dah beso panjang takkan nak tinggal pose lagi kot!!
inilah antara juadah yang paling selalu ada time berbuka.. kurma dan tembikai. Kurma sebagai pemulih tenaga kerana kandungan zat besi dan karbohidrat yang tinggi membolehkan untuk menambah semula tenaga didalam badan selain juga ini adalah sunnah dari junjungan besar Nabi Muhamad S.A.W.
Manakala Tembikai pula adalah sebagai penyejuk badan. Tapi jangan makan banyak sangat nanti semput pulak hahaha.


Posted in Photo's Gallery
Lepas pada cuti sekolah bulan 6 yang lepas aku dah berpindah rumah. Aku sekarang duduk kat rumah mak abah aku.. dah tak menyewa dah. So bila nak g kerja, aku kena melalui pekan Sungkai, Bidor, Tapah dan Chenderiang. Dan mengambil masa selama 1jam perjalanan.
Mungkin lama sedikit masa perjalanan tu kalau nak dibandingkan dari duduk rumah sewa sebelum ni yang hanya mengambil masa 15 minit je. Tapi aku rasa seronok kerana aku dapat melihat keindahan alam bermula dari jam 6.30pg sehingga jam 7.30 pagi selama dalam perjalanan.
Okey kali ni aku nak sharing serba sedikit apa yang aku dapat tgk sepanjang perjalanan aku.. tapi ni cuma sebahagian sahaja hehehe.. yang lain tu nnt
APA SUASANA YANG BEST SEPANJANG PERJALANAN AKU
Posted in Photo's Gallery
Tutorial pada kali ini adalah untuk mengajar bagaimana menghasilkan sebuah gambar digital dengan mempunyai warna yang berbeza iaitu gambar B/W dan gambar berwarna
sebenarnyer ader pelbagai cara nak buat editing macam nih.. yg penting kreatif..
nih aku cuba tunjukkan cara yg mudah sket… kaedah ini sama seperti menggunakan teknik lasso seperti mana yang korang bleh dapat kat mana2 web tutorial lain.. tetapi kali ni aku akan terangkan dengan menggunakan teknik brush + layer… jom sama2 kongsi dan belajar
Posted in Tutorial Photoshop

Gambar ni sebenarnya dah lama nak upload, tapi klu ikutkan bukan kat sini. tapi kat blog lain huhu. Oleh kerana blog tersebut telah ditutup, maka dengan ini aku pun meletakkan koleksi gambar-gambar yang ni kat sini. huhu
Shooting pada masa nih tak dirancang pun, lepas balik keja tetiba terasa nak wat shooting. huhu apa lagi aku pun roger-roger ah bakal-bakal model tu hehe.. lama gak tunggu diorg nih nak sampai, dekat sejam lebih. pastu ujan plak renyai-renyai.
Tepat jam 6.30 petang budak-budak yang nak patut jadi model tu pun sampai.. dok sembang-sembang plak dulu.. haiyaaa… lebih kurang jam 6.50 petang baru gerak huhu. Destinasi pertama adalah Lata Kinjang, tapi tak jadi sebab tgk kat situ ujan lebat sangat, terus call sorang cikgu tu tanyer kat area dia ujan ke tak. Pastu dia kata “ok jer, tak ujan pun” sambil dalam keadaan mantong dengan penuh yakin cikgu tu bagitau.
Pastu kitorg pun bertolaklah ke tempat lokasi bertempat di Hutan Simpan Kekal Bujang Melaka, Kuala Dipang, Perak. Nama lata tu ape ntah lupe pulak. Kami sampai kat sana dalam pukul 7.15 petang. Tracking naik ke atas amik masa dalam 10 minit.
dah sampai atas kitorang ilangkan penat lelah dulu pastu baru shooting. Shoot pun men tembak jer. takde pikir banyak-banyak. tak lama pun shoot sebab hari dah makin gelap. tempat tu atas bukit, jauh pulak ngan orang ramai. makin lama makin seram pulak. dalam pukul 7.40 petang kitorang turun balik and terus singgah Tesco Kampar, solat maghrib dan shooping barang dapur nak masak malam tu haha.
Posted in Dairy, Photo's Gallery

1 Ramadhan 1430, bersamaan 22 Ogos 2009.
Umat Islam diseluruh dunia akan menjalankan rukun Islam ke3 iaitu Berpuasa di bulan Ramadhan. Puasa merupakan ibadah yang wajib dan dituntut keatas setiap umat Islam.
Alhamdulillah syukur kehadrat Illahi kerana mengurniakan rezeki berpanjangan supaya kita semua dapat menjalankan ibadah puasa pada kali ini. Alhamdulillah dipanjangkan umur kita semua supaya merasa kehadiran Ramadhan sekian kalinya.
Puasa
cukup sinonim pada semua umat Islam. Pada Siangnya menahan lapar dah dahaga dan malamnya diisi dengan ibadah-ibadah sunat. Selain itu juga umat Islam digalakkan memperbanyakkan amalan-amalan sunat disamping mengerjakan amalan-amalan wajib.
Semoga kedatangan Ramadhan kali ini membawa 1001 kebaikan kepada diri ini dan seluruh umat Islam di seluruh dunia.
YA ALLAH, BERKATILAH REZEKI KAMI, SIHATKAN TUBUH BADAN KAMI DAN PERMUDAHKANLAH KAMI UNTUK BERIBADAT PADA MU. AMIN
SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN
Telah lama tak update. Bukan kerana apa, hanya kerana hati sentiasa celaru, tambahan pula banyak perkara nak kena selesaikan. Daripada perkara kerja sehinggalah peribadi.. huhu
Terima kasih kepada semua yang memberi sokongan kepada diri yang tidak seberapa ini. Hanya sekadar ucapan yang dapat diberi untuk membalas jasa-jasa baik sekalian.
Selama tempoh ini. Aku tercari-cari apakah yang patut dimuatkan didalam ruangan blog kali ni. tapi tiap kali mengadap laptop, selalu kebuntuan yang menerjah di ruang minda. Terpaksa mencari-cari akal yang kian luput.
Arrgghhh… kenapa sebegini rupa fikiran ku
Kalau boleh nak saja melemparkan diri jauh-jauh dari ruangan kelompok masyarakat. Setiap hari melihat masyarakat yang kian hilang arah tujuan. Masyarakat kini yang tidak tahu apa sebenarnya yang mereka inginkan. Hanya mengikut nafsu dan kehendak
Kekadang terfikir diri ini beruntung kerana dapat melihat ciptaan Tuhan yang maha Esa. Melihat gunung ganang dan tumbuh-tumbuhan yang menghijau dengan warna yang indah. Besar sungguh kekuasaan Tuhan alam semesta, Subhanallah. Agungnya diri MU tuhan.
Posted in Dairy